Follow by Email

Thursday, July 26, 2012

Harta Kita Milik Allah

~Muhasabah 5 Ramadhan~

Hari ni dlm prjalanan nk msuk JHEAT, kelibat seorang pak cik tua yg sedang memegang helmet..mukanya gelisah n sngt mnyedihkan...maka berselisihlah pak cik trsebut dgn seorg hamba Allah ni...

"Anak kerja sini ke?"tnya pak cik tu. Hamba Allah tu pun mnjwab, "Kenapa? Pakcik mcm ada mslh je."...."Aduh,rantai motor pak cik putus, anak pakcik kat sekolah belum ambik lagi,adui,mcm mne ni(muka sayu),"luah pak cik tu. Runtun hati hamba Allah mendengar luahan pakcik tersebut, melihat muka pakcik tu yang gelisah ketika matahari tegak atas kepala.
Maka jawab hamba Allah ni, "Kalau macam tu saya boleh tolong ambilkan anak pak cik kat sekolah,kat mana anak pkcik belajar?" " Tapi pakcik pun nak ambik motor pakcik,dah mntak orang lain tolong hantar motor pakcik kat bengkel,tapi....pakcik tak cukup duit RMxx,"luah pakcik tu dengan wajah yang sangat sedih. Dengan segera hamba Allah ni mmbuka beg duitnya sambil menghulurkan sejumlah wang seperti yang dinyatakan oleh pakcik trsebut.

"Macam mana pkcik nak ganti balik duit ni? Terima kasih nak,kalau tak jumpe anak tak tau pakcik nak mntak tolong siapa lagi,pakcik malu,mintak sedekah dengan anak,nnti apa orang kata,"

"Takpe pakcik,hari ni hari pakcik,mne la tau kot2 nnti saya pulak yg ada msalah,org lain plak yg tlong, hidup ni kan roda,pusing2 duit tu akan blik jgk kt kita. kalau pakcik nak sangat ganti duit tu,insyaAllah kita jumpa kat syurga,"sambil tersenyum hamba Allah ni berlalu mninggalkn pkcik tersebut dengan harapan motornya dapat dibaiki dan dapat ambik anak yg kepanasan di sekolah.

............................................................................... 

Benarlah kata2 seorang sahabat, duit yg kita pegang skrg ni bukn hak milik kte, cuma kita diamanahkan Allah untuk mengurusnya dgan baik. Ada hak orang lain dalam harta kita. Moga kita terus amanah dlam mnguruskan amanah yg dipertanggungjawabkan ke atas kita.

No comments:

Post a Comment